Tuesday, June 30, 2009

BEST BLOG AWARD DARI UMMI....

Oleh kerana ummi yang beri Rah AWARD comel ni...Rah tak pandai buat...so ni ummi yang buat sendiri..yg tulis ni pun ummi jugaaaak...dia sibuk nak main game la plak...penat le ummi sampai 3 blog nak layan...anak bertuah sungguh.

So Rah tak payah cari 15 orang rakan tu ye...sebab Rah tak ada banyak link lagi...hahahaaa.



Saturday, June 27, 2009

saya buat apa hari ini...

hari ini saya pergi hadeed sebab saya ada hari sijil sekolah.

Pastu saya main dan tulis sebab saya cuti.

Monday, June 22, 2009

RAH DAH SIHAT...

Lama betul nadhrah tak tulis dalam blog ye. Nadhrah diserang demam, batuk dan selsema sejak Jumaat lalu. Entri ni ummi yang nak cerita kisah nadhrah. Alhamdulillah di kala ni Nadhrah dah kembali sihat...pagi tadi dah pergi sekolah pun...
Ni la Rah apabila dah sembuh dan sihat...
Memang suka pose .... sokmo handphone ummi jadi mangsa...
Masa ni petang Jumaat lepas di Al Manar Hospital, tak sedar pun suhu Rah dah cecah 39.5 Celsius....Rah senyum macam Ayah Da la...
Apa lagi doktor pun buat "cold sponge" kat Rah...nampak macam teruk sangat...tapi Rah okay jerr...

Sunday, June 14, 2009

cerita hari ini

saya belajar periksa english hari ini. senang saja. esok math-oral.
nama sekolah saya mariya international school. tapi saya nak balik malaysia.
tapi saya suka duduk arab.

Friday, June 12, 2009

Salam Perkenalan...

Blog ni dicipta khas untuk puteri tersayang, Lutfiah Nadhrah Haswadi. Anak kedua daripada 3 adik beradik. Minat Nadhrah yang mendalam di dalam menulis dan bercerita membuatkan Ummi mewujudkan blog khas ini untuk Nadhrah.

Walaupun umur belum pun mencecah 6 tahun, Nadhrah sudah ada minat untuk memiliki 'diari' sendiri...jadi tak ada lah kertas-kertas bersepah-sepah di rumah sebab Nadhrah boleh menulis di dalam blog ini.

Ummi ucapkan semoga Nadhrah rajin untuk menulis dan pada pembaca, Ummi bagi pihak Nadhrah memohon maaf jika ada kesilapan atau kesalahan di dalam penulisan Nadhrah nanti...