Tuesday, August 11, 2009

RAH DAN AKTIVITI RAH

Antara aktiviti Rah di Jubail ni...sepanjang waktu cuti sekolah ni. Panjang betul summer break ni...penat Rah tunggu habis cuti.
Apa aje yang ummi dan abah buat, semua jadi aktiviti kami juga. Ke hulu ke hilir Rah ikut ummi...
Semasa jamuan sarapan pagi di rumah Humairah (Nya). Nya yang pakai baju putih duduk sorang tu, puas ummi suruh duduk kat Rah dan anak2 auntie Neeza, dia tetap tak mau...senyum je...
Ni semasa majlis harijadi Aisyah ke 2 tahun, anak auntie Tina dan Uncle Pian. Comel tak si Aisyah ni? Comel kan!!
Kanak-kanak riang semasa birthday party tu. Rah dengan Amina, Adam dan Amir...
Ni pulak makanan yang dihidangkan oleh Auntie Tina...Rah paling suka meehoon goreng tu...sedaaappp...
Ada satu malam tu, abah bawa kami ke Fanateer Mall...nak makan McDonalds..tup tup ramai sungguh orang malam tu. Rupanya ada Children's Event kat situ...ada Spiderman, Mickey Mouse, Batman...tapi versi Arab Saudi lah. Tengok tu Rah dan Haikal sedang bersalaman dengan Spiderman...Haikal paling teruja sebab dia minat sangat kat Spiderman....baju dan kasut pun gambar Spiderman...
Ada satu kaunter tu dibuka untuk lukisan muka dan badan...ntah apa ke benda nama aktiviti ni...ummi pun tak tahu...tapi Rah beratur je...Rah cakap kat pelukis tu, Rah nak butterfly...haaaa nengoklah pipi Rah tu...gambar butterfly!!! Sukaaaanyaaaaa....

Amacam? Boleh jadi atis Bollywood tak Rah?? Baju ni abah yang belikan...dah hampir 2 bulan terperap dalam almari sebab Rah malu nak pakai. Masa nak ke jamuan rumah Uncle DinKayan dan Auntie Fid, ummi suruh Rah pakai. Ummi kata sesuai kut untuk cocktail party....lagipun bajunya simple aje...warna aje yang terang....ala ala Aishwara Rai gituuu!!!
Ni ummi yang suruh posing cam tu...tapi okay gak la kan...
Ni pose istimewa Rah dan ummi. Rah suka sangat gambar ni, masa ni ummi baru baik dari demam...kesian kat ummi, sejak musim summer ni kerap demam...tapi walaupun demam ummi tetap sediakan makan minum kami setiap hari, kemas rumah dan uruskan baju. Ummi nasihat, kalau Rah dah dewasa, Rah kena rajin.

Kami adik beradik kat rumah ni dah biasa tolong ummi, Rah paling suka tolong ummi kat dapur, abang Luthfil pun belajar cuci tandas, kemas ruang tamu dan bilik tidur...si Haikal je tak buat kerja....dia suka bagi alasan "adik penat...adik kecik lagi"...ye la tu...merengek bukan main pandai lagi...

Sunday, August 9, 2009

UMRAH PERTAMA RAH

Kenangan dan pengalaman pertama di hadapan Kaabah...Rah terpegun sebab 'kotak hitam' yang selalu ummi tunjuk dalam gambar tu...dah ada kat depan mata Rah. Cantik sungguh Kaabah dengan kain hitam tulisan emas tu...

Kecik je Rah...
Ni Rah dan Aisyah...kawan Rah di Jubail...sama-sama pergi Mekah. Comel sungguh Aisyah ni!
Semasa di lobi Hotel Muhajjirin, Mekah.
Gambar kami sekeluarga...abang Luthfil yang ambil gambar ni.